Kajian Fiqih
Banjarmasin (22/02/2024),
Shubuh ini dilaksanakannya Halaqah Fiqh dengan kitab “Kifayatu Al-Akhyar” yang dibimbing oleh KH. M. Ghazali Mukeri,Lc. Pada pertemuan ini beliau membahas tentang diharamkan nya wadah untuk minum yang terbuat dari emas dan perak. Hukum keharamannya sama, baik laki-laki maupun perempuan. Kata Nawawi didalam syarah Muslim: kata para ashab: tersimpul ijmak diatas pengharaman makan dan minum dan sekelian penggunaan pada bejana emas atau perak, melainkan apa yang dihikayatkan dari Daud. Kaul qadim Syafi’e bahwasannya dimakruhkan. Para ulama muhaqqiq tidak mengambil kira, bersalahan Daud. Kata-kata Syafi’e itu ditakwilkan sepertimana dikatakan pengarang Taqrib, serta bahawa Syafi’e telah menarik balik kaul qadim itu. Maka terhasil bahawa ijmak tersimpul diatas haram penggunaan bejana emas dan perak pada makan dan minum dan bersuci dan makan dengan sudu daripada satu daripada keduanya dan berdupa dengan pedupaan diperbuat daripadanya dan semua wajah-wajah penggunaan. Daripadanya bekas dan batang celak dan bekas-bekas yang mahal dan selain itu. Sama saja bejana yang kecil dan yang besar. Didalam al Qanani: begitu juga haram menghiasai kedai dan rumah dan tempat-tempat duduk dengan bejana-bejana emas dan perak. Ini yang betul. Sebagian ashab mengharuskannya yang mana ia kesilapan kerana setiap suatu yang asalnya haram maka memandang kepadanya adalah juga haram. Syafi’e dan para ashab menaskan bahwa kalau seorang berwudhu atau mandi dari bejana emas atau perak dia melakukan maksiat. Haram membuat bejana-bejana ini tanpa menggunakannya diatas yang sahih, karena apa yang haram menggunakannya, haram juga membuatnya seperti alat-alat kelalaian.Semoga Allah menyelamatkan kita dari mencapai apa yang menjadi sebab neraka. Aamiin..